Cinta seorang lelaki terhadap wanita yg dicintai :)

by Thursday, March 15, 2012 0 comments


Aku dan diaaaa :)


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Lelaki ini bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Lelaki ini sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Lelaki ini banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Lelaki ini berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Lelaki ini sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki ini tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

7. Adakalanya lelaki ini seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

8. Lelaki ini menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

9. Lelaki ini akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

10. Lelaki ini sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

11. Lelaki ini mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

12. Lelaki ini tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

13. Lelaki ini cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

14. Lelaki ini membanggakan kekasihnya di depan org lain.

15. Lelaki ini menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

16. Lelaki inu tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya.

17. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
JIKA KEJADIAN INI BERLAKU DIHADPAN MATA ANDA HARGAILAH…….. :)

Encik Haziq Official

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment